1: PERBUATAN ZAHIR DAN
SUASANA HATI
SEBAGIAN DARIPADA
TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH
BERKURANGAN HARAPANNYA
(SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA
KESALAHAN.
Imam Ibnu Athaillah
memulaikan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat
amal. Amal boleh dibagikan kepada dua jenis yaitu perbuatan zahir dan perbuatan
hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang
boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung
dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeda
antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi
suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati
dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga
kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar
kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap
kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa membawa
sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t
tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang demikian tidak menjadikan
amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak sekalipun, sebagai alat untuk
tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan sesuatu. Amalan tidak menjadi
perantaraan di antaranya dengan Tuhannya. Orang yang separti ini tidak membataskan
kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk kepada perbuatan manusia. Allah
s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya
tanpa dipengaruhi oleh siapa dan sesuatu. Apa saja yang mengenai Allah s.w.t
adalah mutlak, tiada had, sempadan dan perbatasan. Oleh karena itu orang arif
tidak menjadikan amalan sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah s.w.t
atau „memaksa. Allah s.w.t berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan
Allah s.w.t berada di hadapan dan perbuatan makhluk di belakang. Tidak pernah
terjadi Allah s.w.t mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau
sesuatu.Sebelum menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat
dengan amalan dirinya, baik yang zahir mau pun yang batin. Manusia yang kuat
bersandar kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dan
mereka yang kuat bersandar kepada amalan batin adalah yang mencari faedah
akhirat. Kedua-dua jenis manusia tersebut berkepercayaan bahwa amalannya
menentukan apa yang mereka akan perolehi baik di dunia dan juga di akhirat.
Kepercayaan yang demikian kadang-kadang membuat manusia hilang atau kurang
pergantungan dengan Tuhan. Pergantungan mereka hanyalah kepada amalan
semata-mata ataupun jika mereka bergantung kepada Allah s.w.t, pergantungan itu
bercampur dengan keraguan. Seseorang manusia boleh memeriksa diri sendiri
apakah kuat atau lemah pergantungannya kepada Allah s.w.t. Kalam Hikmat 1 yang
dikeluarkan oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya. Lihatlah kepada
hati apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika
kesalahan yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat dan
pertolongan Allah s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah.
Firman-Nya:
“Wahai anak-anakku!
Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin),
dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.
Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan -anakku! Pergilah
dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan
janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya
tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir
”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf )
Ayat di atas
menceritakan bahwa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan pergantungan
kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun. Pergantungan kepada Allah
s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup.
Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan diusahakan tidak mendatangkan
hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan sesuatu yang diingini bukan
bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t. Selagi seseorang itu beriman dan
bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan rahmat-Nya. Kegagalan
memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak
mendapat rahmat Allah
s.w.t. Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang yang beriman pasti
terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak menyampaikan hajatnya. Keyakinan
terhadap yang demikian menjadikan orang yang beriman tabah menghadapi ujian
hidup, tidak sekali-kali berputus asa. Mereka yakin bahwa apabila mereka
sandarkan segala perkara kepada Allah s.w.t, maka apa juga amal kebaikan yang
mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia. Orang yang tidak beriman kepada
Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeda. Pergantungan mereka hanya
tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di dalamnya ilmu dan usaha.
Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan kebolehan dan pengetahuan
yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat hasil yang setimpal. Jika
ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain) gagal mendatangkan hasil,
mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi. Jadilah mereka orang yang
berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat kebijaksanaan Allah s.w.t
mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak mendapat
rahmat dari-Nya. Jika
orang kafir tidak bersandar kepada Allah s.w.t dan mudah berputus asa, di kalangan
sebagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana sifatnya
menyerupai sifat orang kafir. Orang yang separti ini melakukan amalan karena
kepentingan diri sendiri, bukan karena Allah s.w.t. Orang ini mungkin mengharapkan
dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran hidup di dunia. Dia
mengharapkan semoga amal kebajikan yang dilakukannya dapat mengeluarkan hasil
dalam bentuk bertambah rezekinya, kedudukannya atau pangkatnya, orang lain
semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan daripada bala penyakit,
kemiskinan dan sebagainya. Bertambah banyak amal kebaikan yang dilakukannya
bertambah besarlah harapan dan keyakinannya tentang kesejahteraan hidupnya. Sebagian
kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di
akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga, juga
bagi menjauhkan azab api neraka. Kerohanian orang yang bersandar kepada amal
sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan dengan amal
mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian. Mereka mengharapkan perjalanan hidup
mereka senantiasa selasai dan segala-segalanya berjalan menurut apa yang
dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkauan, mereka cepat panik
dan gelisah. Bala bencana membuat mereka merasakan yang merekalah manusia yang
paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan,
mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka
sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong. senantiasa selasai dan
segala-segalanya berjalan menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu
berlaku di luar
jangkauan, mereka
cepat panik dan gelisah. Bala bencana membuat mereka
merasakan yang
merekalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Bila berjaya
memperoleh sesuatu kebaikan, mereka merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian
dan kebolehan mereka sendiri. Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong. Apabila
rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya
mendekatkan diri dengan Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah
duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah s.w.t
separti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya. Orang ini merasakan amalnya
yang membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan pencapaiannya dalam bidang
kerohanian dengan amal yang banyak dilakukannya separti berzikir, bersembahyang
sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tartinggal melakukan sesuatu amal yang
biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir melakukan kesalahan maka dia
merasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang pada peringkat permulaian mendekatkan
dirinya dengan Tuhan melalui amalan tarekat tasawuf. Jadi, ada golongan yang
bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan yang bersandar kepada
Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut berpegang kepada keberkahan
amal dalam mendapatkan sesuatu. Golongan pertama kuat berpegang kepada amal
zahir, yaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha atau ikhtiar. Jika mereka
bersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka untuk mendapatkan apa yang
mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih diperingkat permulaian pula kuat
bersandar kepada amalan batin separti sembahyang dan berzikir. Jika mereka
tartinggal melakukan sesuatu amalan yang biasa mereka lakukan, akan berkurangan
harapan mereka untuk mendapatkan anugerah dari Allah s.w.t. Sekiranya mereka
tergelincir melakukan dosa, akan putuslah harapan mereka untuk mendapatkan
anugerah Allah s.w.t. Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga
bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin. Ilmu zahir adalah
ilmu penkehendakan dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu
batin pula adalah ilmu yang menggunakan kekuatan gaib bagi menyampaikan hajat.
Ia termasuklah penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang
meletakkan keberkahan kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa
kepada Allah s.w.t yang meletakkan keberkahan kepada tiap sesuatu itu. Seterusnya,
sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang lebih
tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:
Tiada daya dan upaya
kecuali beserta Allah.
“Padahal Allah yang
mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!”
( Ayat 96 : Surah
as-Saaffaat )
Orang yang di dalam
makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang
dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahwa semua amalan tersebut adalah
kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak karena taufik dan hidayat dari Allah
s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya. Allah s.w.t berfirman:
bahwa semua amalan tersebut adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak
karena taufik dan hidayat dari Allah s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang
dapat dilakukannya. Allah s.w.t berfirman:
“Ini ialah dari limpah
kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau
aku tidak mengenangkan
nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) siapa yang bersyukur maka faedah
syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan siapa yang tidak
bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), karena
sesungguhnya Tuhanku
Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ( Ayat 40 : Surah an-Naml )
Dan tiadalah kamu
berkemauan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki
Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
(mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan siapa yang
kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan
ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan
untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 : Surah
al-Insaan )
Segala-galanya adalah
kurniaan Allah s.w.t dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada takdir
yang Allah s.w.t tentukan, tidak terlihat olehnya keberkahan perbuatan makhluk
termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam ariffin yaitu
orang yang mengenal Allah s.w.t. Golongan ini tidak lagi bersandar kepada amal
namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal ibadat.
Orang yang masuk ke
dalam lautan takdir, rido dengan segala yang ditentukan Allah s.w.t, akan
senantiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau ketiadaan sesuatu.
Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau pengeluar kesan.
Di awal perjalanan
menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut tuntutan syariat. Dia
melihat amalan itu sebagai kendaraan yang boleh membawanya hampir dengan Allah
s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin besarlah harapannya untuk berjaya dalam
perjalanannya. Apabila dia mencapai satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap
amal mulai berubah. Dia tidak lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab.
Pandangannya beralih kepada kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua
amalannya adalah
kurniaan Allah s.w.t kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga
kurniaan-Nya. Seterusnya terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali
dirinya dan mengenali Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil,
serba kekurangan dan faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana
dan Sempurna dalam segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya,
pandangan mata hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang
meliputi segala sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang senantiasa
memandang kepada Allah s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat
kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir. memandang kepada Allah
s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan berhajat kepada-Nya. Dia
hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir.
Comments
Post a Comment